Kata terbitan

  DSKP BM TAHUN 5: 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan                                                                                                                   mengikut konteks.

Kata Terbitan

1) Kata dasar yang menerima imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan

2)  Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menghubungkan imbuhan pada kata dasar                 

      3)  Imbuhan terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain.

Jenis Imbuhan

1) -Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir sebelum kata dasar 

2) -Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir selepas kata dasar

3) -Imbuhan apitan ialah imbuhan yang mengapit kata dasar, iaitu berada sebelum dan sesudah kata dasar secara bersama

4) -Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir di celah atau di antara huruf dalam kata dasar

Berikut merupakan kata terbitan yang terdapat dalam buku teks Tahun 5 yang telah dirujuk oleh kami :

Kata Terbitan Bersisipan


Imbuhan

Contoh

-el-

tapak-telapak

-er-

gigi-gerigi

-em-

kuning-kemuning

-in-

sambung-sinambung

                                                                 

 Kata Terbitan Berapitan                                                      

Imbuhan

Contoh

mempeR-…-kan

memperlihatkan,mempermainkan

mempeR-…-i

memperingati,mempersenjatai

dipeR-…-kan

dipertontonkan,dipermainkan

diper-…-i

diperingati,dipersenjatai

 

Berikut pula merupakan contoh-contoh untuk kata terbitan berawalan dan berakhiran :

Kata Terbitan

Imbuhan

Kata terbitan berawalan

(Awalan kata nama)

peN-, pel-, peR-,ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-, anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-

Kata terbitan berawalan

(Awalan kata kerja)

meN-, mempeR-, beR-, bel-, teR-, di-, dipeR-

Kata terbitan berawalan

(Awalan kata adjektif)

ter-, se-, te-

Kata terbitan berakhiran

(Awalan kata nama)

-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, is

Kata terbitan berakhiran

(Awalan kata berakhiran)

-kan

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda