Kata majmuk
DSKP Tahun 5: 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks
Kata Majmuk
Definisi
Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga, Kata majmuk dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu
Kata majmuk terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif
Contoh:
Kata Nama Majmuk
| Kata Kerja Majmuk | Kata Adjektif Majmuk |
Jalan raya
| Ambil alih | Kuning langsat |
Kasut getah
| Tunjuk ajar | Merah jambu |
Guru besar
| Kenal pasti | Biru laut |
Kedai makan
| Kuat kuasa | Hijau daun |
- Secara umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah atau jarak
- Hal ini kerana, kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar yang membawa maksud yang berbeza
- Terdapat juga bentuk kata majmuk yang dianggap telah mantap dan utuh penggunaannya
- Oleh itu, kata majmuk yang telah mantap perlu dieja rapat
Contoh:
Antarabangsa
| Matahari | Apabila |
Suruhanjaya
| Isipadu | Tanggungjawab |
Bumiputera
| Dukacita | Pancaindera |
Jawatankuasa
| Cepumas | Olahraga |
Kerjasama
| Warganegara | Beritahu |
Sukarela
| Tandatangan | Kakitangan |
Jenis-jenis kata majmuk
- Kata majmuk istilah khusus
-Kata majmuk istilah khusus merupakan kata gandingan untuk
istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang
-Dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum
atau istilah khusus
Contoh:
1. Kertas kerja
2. Komuniti setempat
3. Mata Pelajaran
4. Garis pusat
- Kata majmuk maksud kiasan
-membawa maksud selain daripada maksud harafiahnya (penterjemahan satu demi satu perkataan)
-kebiasaannya kata majmuk ini terdiri daripada simpulan bahasa
Contoh:
1. Otak cair
2. Terang hati
3. Anak emas
4. Kaki ayam
Kaca mata
BalasPadam