Kata ganda
DSKP BM TAHUN 5: 5.2.3 (MEMAHAMI DAN MENGGUNAKAN KATA GANDA DALAM KONTEKS)
KATA GANDA
Ø Merupakan proses pengulangan dan pengandaan perkataan.
Ø Proses ini melalui beberapa kaedah seperti menggandakan seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Ø Tanda sempang perlu digunakan bagi menunjukkan proses penggandaan kecuali penggandaan separa.
Ø Kata ganda perlu digunakan dengan betul dalam ayat supaya menepati jenis, konteks, atau makna.
Ø Penggandaan berlaku dalam tiga golongan kata utama yakni kata nama, kata kerja, dan kata adjektif serta sebilangan kata tugas.
Ø Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu :
1) Penggandaan penuh
2) Penggandaan separa
3) Penggandaan berentak
JENIS PENGGANDAAN | MAKSUD |
PENGGANDAAN PENUH | § Menggandakan seluruh perkataan § Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar, kata terbitan, kata nama, kata kerja, dan kata sifat.
|
PENGGANDAAN SEPARA | § Menggandakan sebahagian kata dengan mengubah kualiti vokal a kepada e. § Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
|
PENGGANDAAN BERENTAK | § Menggandakan kata dasar mengikut rentak, rima atau bunyi bersajak tertentu dalam kata dasar itu.
|
Berdasarkan buku teks bahasa Melayu Tahun 5, terdapat kata ganda berentak yang dipelajari oleh murid-murid Tahun 5 contohnya :
-Kacau-bilau -Licin-licau -Gundah-gulana
- Gerak-geri -Bau-bauan
-Simpang-siur -Lauk-pauk -Hempas-pulas
-Gotong-royong -Segar-bugar -Saudara-mara -Ipar-duai -Kuih-muih
-Mandi-manda -Warna-warni -Gunug-ganang -Bukit-bukau -Sayur-mayur |
Ulasan
Catat Ulasan